Thursday, 20 January 2011

Dominus Illuminatio Mea














Dominus illuminatio mea (dibaca dari atas ke bawah, dimulai mukasurat kiri kemudian kanan) adalah motto University of Oxford dalam bahasa latin yang diambil daripada permulaan ayat kitab Yahudi Hebrew Psalm ayat 27, bermakna The Lord is my light (Tuhan adalah penyinarku) dah telah digunakan semenjak pertengahan kurun ke-16 di atas Oxford University's arms

Ayat penuh Psalm 27 :
Dominus illuminatio mea et salus mea : quem timebo? Dominus protector vitæ meæ : a quo trepidabo?
(Tuhan adalah penyinarku dan penyelamatku, siapa perlu aku takut? Tuhan adalah pelindung kehidupanku, daripada apa aku perlu risau? )

The Lord is my light  dikatakan juga The Lord is my enlightenment atau God light me atau God illuminate me dan sebagainya - dengan penuh pengharapan daripada Tuhan agar menunjukkan, atau memperlihatkan, atau menerangkan akan sesuatu apabila kita di dalam kegelapan/kesamaran/kesulitan/tidak tahu.

Apabila dituliskan di atas buku, tentulah rujukan sesuatu itu adalah ilmu pengetahuan.  

Domimina nustio illumea (dibaca mendatar, kiri ke kanan, kemudian ke bawah) pula memperlihatkan motto yang tiada erti iaitu  Eaten by the Non-existent Mistress , menunjukkan bahawa belajar sesuatu tanpa cara yang betul dan tiada guidance (membaca buku mesti mukasurat demi mukasurat), kita akan jadi sesat, keliru dan sia-sia.


Islam
Terlihat seolah-olah ungkapan di atas mempunyai kaitan tak lansung (indirect) dengan ayat di bawah :

 وقُلْ ربِّ زِدْنِي عِلْماً
 (penghujung ayat 114 surah Ta-Ha)

Wa Qol Rabbi Zidni Ilman (And say My Lord! Increase me in knowledge) iaitu  
Dan katakanlah Tuhanku tambahkan/sempurnakan ilmuku.